MAYAT mangsa ditemui kira-kira 20 kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan jatuh. FOTO ihsan Bomba
MAYAT mangsa ditemui kira-kira 20 kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan jatuh. FOTO ihsan Bomba
Amrullah Abdul Karim


MAYAT lelaki yang hilang selepas tergelincir ketika menjala ikan bersama empat rakannya di Kolam Lombong Leko, Jalan Rasa-Bukit Beruntung, Ahad lalu ditemui di Sungai Bestari Jaya 7.35 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan R Supramaniam berkata, mayat mangsa, Johar Jeboi, 42, ditemui orang awam kira-kira 20 kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan jatuh.

"Proses pengecaman sudah dilakukan oleh keluarga mangsa yang mengesahkan mayat itu Johar Jeboi," katanya.

Beliau berkata, mereka menjala ikan di kawasan itu pada 1 tengah hari sebelum mangsa tergelincir ketika menguraikan jala yang tersangkut kira-kira 3 petang.

Katanya, mangsa cuba diselamatkan rakannya menggunakan kayu namun gagal.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 Jun 2017 @ 12:20 AM