Siti Fatimah Hassan


PEMANDU bot yang menyelamatkan dua penumpang bot tiub di Tasik Putrajaya, Presint 4, di Putrajaya, ditemui lemas, hari ini.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hassan, berkata mayat Muhammad Fauzi Bagumbayan, 29, ditemui tidak jauh dari lokasi kejadian.

"Mayat ditemui pada kira-kira 5 petang. Mayat ditemui pada kedalaman sembilan meter,” katanya.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa disertai 50 anggota termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya (JBPM).

"Mayat kemudiannya dihantar ke Hospital Putrajaya untuk dilakukan bedah siasat. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.

Allahyarham Muhammad Fauzi lemas selepas cuba menyelamatkan dua penumpang bot tiub, pada kejadian 12.45 tengah hari.

Penumpang yang cuba diselamatkan itu kemudiannya berenang ke tebing.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 17 Jun 2017 @ 6:40 PM