GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Ibrahim Isa


HUJAN lebat selama sejam bermula 3 petang di bandar raya Johor Bahru semalam menyebabkan lapan keluarga membabitkan 25 mangsa di Kampung Ubi, dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Johor, Datuk Ayub Rahmat berkata, sehingga 10.30 malam hanya satu PPS dibuka di Sekolah Kebangsaan Mohd Khir Johari bagi menempatkan semua mangsa dari Kampung Ubi itu.

"Pusat pemindahan banjir itu dibuka pada 9.20 malam selepas pasukan keselamatan mendapati rumah semua mangsa tidak selamat diduduki buat sementara waktu.

"Sembilan daripada 25 mangsa itu adalah wanita dewasa, tujuh lelaki dewasa, lima kanak-kanak lelaki dan empat kanak-kanak perempuan.

"Pemindahan dilakukan sebagai langkah berjaga-jaga dan mereka akan dibenarkan pulang selepas keadaan didapati selamat," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 Jun 2017 @ 5:46 AM