ANTARA penaguih yang ditahan.
ANTARA penaguih yang ditahan.
myMetro

Kajang: ‘Pesta lalok’ di sebuah pusat hiburan, di sini terbantut selepas diserbu Pasukan Khas Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Selangor bersama AADK Hulu Langat, semalam.

Hasil risikan selama lebih sebulan, 63 pengunjung pusat hiburan berkenaan diperiksa sebelum 46 daripadanya iaitu 40 lelaki dan enam wanita didapati positif dadah.

Ketika serbuan, semua yang ditahan berhibur dalam keadaan khayal, malah ada yang tidak menyedari kehadiran pihak berkuasa.

Susulan serbuan itu, beberapa lagi lokasi panas di sekitar kawasan Perangi Dadah Habis-Habisan (PDH) Kajang diserbu sebelum menahan 27 individu lagi yang disyaki penagih dadah.

Operasi bermula jam 6 petang hingga 2 pagi itu dijalankan 26 anggota Pasukan Khas dan 13 anggota AADK Hulu Langat.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 Mei 2017 @ 3:29 AM