SEBAHAGIAN daripada 23 pengawal keselamatan yang membuat laporan polis di IPD Ipoh.
SEBAHAGIAN daripada 23 pengawal keselamatan yang membuat laporan polis di IPD Ipoh.
Muhammad Apendy Issahak

Ipoh: Seramai 23 pengawal keselamatan mendakwa dianiaya majikan apabila tidak mendapat gaji dan bayaran gaji minimum RM900 sebulan seperti ditetapkan kerajaan susulan pihak pengurusan syarikat kawalan keselamatan itu kini menghilangkan diri.

Lebih malang, kes yang sudah dirujuk ke Jabatan Tenaga Kerja (JTK) dan Mahkamah Buruh itu masih gagal diselesaikan apabila pemilik syarikat berkenaan tidak dapat dikesan hingga kini dan semua pengawal terbabit buntu untuk menuntut hak mereka.

Wakil pengawal keselamatan, Abdul Nasir Abu Bakar berkata, seramai 23 orang bekerja dengan syarikat kawalan keselamatan berkenaan dan bertugas di 11 sekolah sekitar daerah Perak Tengah di mana syarikat terbabit mempunyai kontrak dengan Kementerian Pendidikan antara 1 Oktober 2012 hingga 30 September 2015.

“Pihak pengurusan syarikat secara tiba-tiba menghilangkan diri pada akhir Mac 2014 tanpa membayar baki gaji Februari dan Mac tahun berkenaan.

“Kami juga tidak dibayar gaji minimum RM900 seperti ditetapkan kerajaan untuk 2013, selain tidak dibayar tuntutan kerja lebih masa,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, di sini semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 Mei 2017 @ 4:54 AM