Tertuduh dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan enam sebatan oleh Mahkamah Sesyen selepas menghadapi tuduhan memiliki pistol dan cuba membunuh seorang lelaki di hadapan sebuah restoran pada 23 Ogos 2016. FOTO Zaman Huri Isa
Tertuduh dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan enam sebatan oleh Mahkamah Sesyen selepas menghadapi tuduhan memiliki pistol dan cuba membunuh seorang lelaki di hadapan sebuah restoran pada 23 Ogos 2016. FOTO Zaman Huri Isa
Muhamaad Razis Ismail


TIGA lelaki termasuk dua beradik dihukum penjara enam tahun dan enam sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kota Bharu, hari ini, selepas mengaku salah memiliki pistol dan cuba membunuh seorang lelaki, tahun lalu.

Hakim Nazri Ismail menjatuhkan hukuman itu selepas Muhammad Zahabuddin Ab Kadir, 29, Abd Fatah Hassan, 21, Mohammad Azlan Ab Kadir, 26, mengaku salah terhadap tuduhan.

Mengikut pertuduhan tertuduh didakwa bersama-sama memiliki sepucuk pistol jenis Smith & Wesson di hadapan sebuah restoran pada 2 hingga 2.15 pagi, 23 Ogos 2016.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Senjatapi 1971 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan minimum enam sebatan, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa bersama-sama cuba membunuh Muhammad Bazli Aiman Mohamed Zu, 23, dengan menembak mangsa sehingga cedera di betis kanan pada tarikh, waktu dan lokasi sama.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Azlinawati Mohd Arshad manakala tertuduh diwakili peguam Muhamad Hasif Hassan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 Mei 2017 @ 6:27 PM