(Dari kiri) Jamaludin, Adi dan Gaw Min terkorban selepas terhidu gas karbon monoksida. FOTO ihsan IPD Tawau
(Dari kiri) Jamaludin, Adi dan Gaw Min terkorban selepas terhidu gas karbon monoksida. FOTO ihsan IPD Tawau
Norasikin Daineh

DUA lagi mangsa yang terhidu gas karbon monoksida ketika membuat kerja kimpalan pada kapal tangki gagal diselamatkan selepas menerima rawatan kecemasan di Hospital Besar Tawau, semalam.

Mangsa, Jamaluddin Lalo, 25 dan Yadi Lalo, 24, disahkan meninggal dunia kira-kira 6.30 petang ketika menerima rawatan kecemasan di hospital itu.

Sebelum itu, seorang warga tempatan Tsen Gaw Ming, 29, turut disahkan meninggal dunia akibat sesak nafas ketika cuba menyelamatkan dua mangsa yang terperangkap selepas melakukan kimpalan di Jeti Kampung Apas Parit, dekat sini.

Dalam kejadian kira-kira 3 petang itu, tiga mangsa terbabit melakukan kerja mengeluarkan air dengan menggunakan pam penyedut sambil mengimpal kebocoran pada kapal berkenaan.

Bagaimanapun, ketika-tiga mereka terhidu asap daripada kerja pengimpalan yang dilakukan sehingga sesak nafas dan meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, kematian tiga mangsa itu diklafikasikan sebagai mati mengejut.

"Mangsa ketiga, Tsen Gaw Ming berjaya dibawa keluar dari dalam kapal oleh pihak bomba namun disahkan sudah meninggal dunia manakala dua lagi mangsa dihantar ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 6.30 petang," katanya ketika dihubungi hari ini.

 

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 Mei 2017 @ 11:24 AM