Resort World Genting akan mengadakan Hotel Career Day di Grand Millenium Hotel.
Resort World Genting akan mengadakan Hotel Career Day di Grand Millenium Hotel.

Kuala Lumpur: Peluang kepada individu yang mempunyai kerjaya atau latar belakang dalam bidang perhotelan dan makanan untuk menyertai Hari Kerjaya Hotel anjuran Resort World Genting pada 13 April ini.

Ekspo yang diadakan di Grand Millenium Hotel, di sini, turut membawakan lima pakar dalam bidang pengurusan hotel, chef dan kulinari untuk menjawab persoalan daripada pengunjung.

Jurucakap Resort World Genting berkata, program itu memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan pekerjaan sempena pembukaan dua taman tema baru dan pusat beli-belah di Genting Highland.

“Ekspo ini mengajak orang ramai yang berminat meneruskan kecemerlangan dalam memberi perkhidmatan hospitaliti dan percutian merangkumi taman tema, hotel, restoran, dan hiburan.

“Malah, pembukaan tiga lagi cawangan baru turut dinanti-nantikan membabitkan 20th Century Fox World Theme Park, Indoor Theme Park dan Genting Highland Premium Outlet yang membuka lebih banyak peluang kerjaya,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya menampilkan Sommelier Kevin Yee, Chef Kulinari John Pathmanaban, Mixologist Pranill Saam, Barista dari Cafés Richard Emmanuel dan Penolong Pengurus Outlet Supri Jinal.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 April 2017 @ 4:17 AM