NG (kiri) pada Majlis Derma Darah Jasmine di pasar raya Giant  Klang Sentral, semalam.
NG (kiri) pada Majlis Derma Darah Jasmine di pasar raya Giant Klang Sentral, semalam.

Klang: Melihat kepada keperluan menyokong usaha berterusan Pusat Darah Negara Malaysia (PDNM), Jasmine Food Corporation Sdn Bhd menyumbang 25 tan beras kepada orang ramai yang mengambil bahagian pada program Kempen Derma Darah 2017 di seluruh negara.

Pengurus program Ng Choon Siang berkata, kempen dengan kerjasama PDNM itu inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat berkenaan bagi membantu mempromosikan kepentingan menderma darah dalam kalangan rakyat negara ini.

Menurutnya, pihaknya memperuntukkan 500 gram (g) produk Jasmine kepada 100 penderma darah pertama di tempat terpilih di seluruh negara yang menganjurkan kempen berkenaan.

“Kerjasama ini diharap menarik lebih banyak syarikat lain menyokong dan menyertai kami dalam menyumbang kepada kesihatan rakyat Malaysia,” katanya pada sidang media di pasar raya Giant Klang Sentral di sini, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 Mac 2017 @ 6:51 AM