HARGA barang keperluan terus tidak stabil.
HARGA barang keperluan terus tidak stabil.

Kuala Lumpur: Harga barang mentah terutama ayam masih tidak stabil apabila berlaku kenaikan harga sebanyak tiga kali selepas Tahun
Baru Cina.

Tinjauan Harian Metro
di pasar utama sekitar Lembah Klang mendapati ayam bersih dijual sehingga RM9 sekilogram berbanding RM8 ketika Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Tahun Baru Cina.

Peniaga ayam Sulaiman Abu Hassan, 30, berkata sejak seminggu lalu harga ayam naik sehingga RM1 dan berkemungkinan lebih mahal lagi selepas ini.

“Saya pun tidak tahu apa punca sebenar yang menyebabkan harga ayam naik mendadak sepanjang minggu ini. Pembekal cuma beritahu bekalan ayam berkurangan disebabkan faktor cuaca yang tidak menentu.

“Selepas tamat Skim Kawalan Harga bagi Tahun Baru Cina, kami terpaksa menaikkan harga mengikut harga dijual pembekal,” katanya.

Sementara itu tinjauan mendapati sayuran bendi, kacang panjang dan cili merah masih dijual dengan harga tinggi biarpun mengalami penurunan.

Bendi dijual pada harga RM10 sekilogram berbanding RM13 ketika musim perayaan, kacang panjang pula RM11 berbanding RM13 dan cili merah RM15.

Peniaga sayur P Patmah, 48, berkata, harga bagi sayuran kebanyakannya mengalami penurunan antara RM1 sehingga RM3.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 Februari 2017 @ 7:42 AM