SITI Aisah
SITI Aisah
Mohd Shukor Amin


Sabak Bernam: ‘Mak dan ayah, tolonglah beri kepercayaan pada kita (saya). Kita boleh jaga diri sebab kita tak pernah pilih kawan yang mengajak ke arah maksiat.’

Itu antara isi kandungan surat yang ditinggalkan Siti Aisah Selamat, 24, yang menghilangkan diri dari rumah keluarganya di Parit 13, Sungai Panjang dekat sini, sejak Selasa lalu.

Surat tulisan tangan Siti Aisah ditinggalkan di meja bilik tidurnya malah dia turut berpesan kepada keluarga supaya tidak bimbangkan keselamatannya.

“Mak dan ayah, kita minta maaf untuk kali terakhir, masa baca surat ini, kita dah tak ada kat (di) Malaysia sebab perlu tinggalkan mak, ayah, embah (nenek) dan adik-adik,” kata Siti Aisah dalam surat itu.

Kehilangan Siti Aisah yang juga siswazah cemerlang menjadi tanda tanya memandangkan bekas penuntut Ijazah Sarjana Muda Pengajian Akidah dan Agama, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang memperoleh purata nilai gred kumulatif (CGPA) 3.70 itu digambarkan sebagai periang dan sangat rapat dengan keluarganya.

Ibunya, Asnah Mat Kasa, 48, berkata, kehilangan anak kedua daripada lapan beradik itu disedarinya, jam 6 pagi Selasa lalu selepas menunaikan solat Subuh.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan Siti Aisah diminta menghubungi Selamat atau Asnah di talian 017-2413725/013-2440139 atau balai polis berhampiran.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 November 2016 @ 5:16 AM