Antara barangan yang dirampas APMM.
Antara barangan yang dirampas APMM.

Kudat: Kelicikan tiga lelaki warga Filipina cuba menyeludup barangan subsidi termasuk petrol, gas memasak dan tepung gandum gagal apabila dikesan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sebelum mereka ditahan di pantai Tanjung Meniagit dekat sini, semalam.

Dalam kejadian jam 4.30 pagi, suspek berusia 26 hingga 43 tahun ditahan.

Sebaik dipintas pada kedudukan 0.8 batu nautika dari pantai berkenaan, anggota APMM mengarahkan juragan berhenti untuk pemeriksaan.

Hasil pemeriksaan menemui 600 liter petrol, lima tong gas memasak, tepung gandum dan minyak masak.

Pengarah APMM Kota Kinabalu Laksamana Pertama Maritim Adam Aziz berkata, pihaknya melakukan rondaan sebelum mengesan bot berkenaan di pantai Tanjung Meniagit.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 April 2016 @ 5:46 AM