RITZZAWATI menerima sumbangan daripada Yong (kanan).
RITZZAWATI menerima sumbangan daripada Yong (kanan).
Siti Fatimah Hassan


Shah Alam: Kerjasama antara Antabax,rangkaian produk penjagaan diri yang inovatif bersama rangkaian pasar raya mini terbesar di Malaysia, 99 Speedmart berjaya mengumpul dana sebanyak RM13,168.25 untuk disalurkan ke Institut Jantung Negara (IJN) menerusi Yayasan IJN.

Dana itu berjaya dikumpul menerusi kempen tiga bulan Antabax di mana 5 peratus daripada jumlah jualan produk terbabit dari mana-mana pasar raya 99 Speedmart disumbangkan kepada yayasan itu sebagai sokongan terhadap Program Bantuan Pesakit.

Sumbangan itu disampaikan oleh Pengarah Eksekutif, Pemasaran dan Jualan Lam Soon Edible Oil Sdn Bhd, Allan Khong dan Pengarah Sistem Pengurusan Maklumat 99 Speedmart Sdn Bhd, Simon Yong kepada Pengurus Yayasan IJN, Ritzawati Mohd Rosli, di sini.

Pengurus Produk Kumpulan, Isi Rumah & Penjagaan Diri, Bahagian Pemasaran Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd, Angeline Sim berkata, kempen berkenaan menerima sambutan menggalakkan dan maklum balas positif daripada pengguna.

“Pasaraya 99 Speedmart dan pelanggannya amat bermurah hati dalam menjayakan kempen ini. Ia diharap memberi sinar baru kepada pesakit yang menderita penyakit jantung untuk menjadikan kehidupan mereka lebih baik selepas ini,” katanya.

Pengurus Yayasan IJN, Ritzzawati Mohd Rosli berkata, pihaknya amat berterima kasih kepada Antabax dan 99 Speedmart di atas sumbangan yang diberikan menerusi kempen ‘Have a Heart, Save a Life’.

Katanya, yayasan itu sememangnya bergantung di atas keprihatinan pelbagai pihak yang sudi memberi sumbangan demi membantu pesakit.

“Kos rawatan semakin meningkat dan yayasan bergantung kepada penderma yang sudi memberikan sebarang bantuan. Kami berharap organisasi lain turut mengambil insiatif sama yang dilakukan oleh Antabax dan 99 Speedmart,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 April 2016 @ 8:56 AM