GURU, Khairiah Abd Wahab menyusun buku teks untuk diagihkan kepada  murid pada 3 Januari di Sekolah Kebangsaan Bakri Batu 2, Muar.
GURU, Khairiah Abd Wahab menyusun buku teks untuk diagihkan kepada murid pada 3 Januari di Sekolah Kebangsaan Bakri Batu 2, Muar.
 Deviyna menyusun kasut di rak yang disediakan di sekolah.
Deviyna menyusun kasut di rak yang disediakan di sekolah.
SUASANA murid prasekolah pada sesi orientasi.
SUASANA murid prasekolah pada sesi orientasi.
 GURU, Hamidah Musa bersama pelajar prasekolah ketika sesi mewarna.
GURU, Hamidah Musa bersama pelajar prasekolah ketika sesi mewarna.
Oleh Ayusliza Azizan

Shah Alam: Suka dan seronok. Itu reaksi kanak-kanak yang menghadiri sesi orientasi prasekolah ketika ditanya mengenai perasaan mereka yang pertama kali hadir ke sekolah, semalam.

Seramai 75 murid prasekolah berusia enam tahun didaftarkan di prasekolah, Sekolah Kebangsaan (SK) Raja Muda (Integrasi) Seksyen 4, di sini.

Tinjauan mendapati murid prasekolah berkenaan bersemangat, ceria serta gembira apabila diberikan tugasan mewarna oleh guru.

Hanya seorang saja dalam kalangan mereka yang menangis.

S Deviyna, 6, berkata, selain seronok kerana dapat bertemu kawan baru, abangnya juga belajar di sekolah yang sama.

“Abang saya juga bersekolah di sini, itu yang saya bertambah seronok datang ke sekolah,” katanya.

Nur Dania Aleesya Mu’adzzam Shah, 6, berkata, dia suka melakukan aktiviti mewarna gambar pemandangan pantai bersama rakan barunya.

Sementara itu, Guru Besar SK Raja Muda (Integrasi) Kamaruzzaman Yahya berkata, pihaknya menyediakan empat kelas untuk murid prasekolah termasuk satu kelas pendidikan khas.

Katanya, setiap kelas mempunyai 25 murid.

“Jumlah murid prasekolah bagi kategori pendidikan khas bagi sesi 2016 ialah tujuh orang.

“Sesi orientasi yang diadakan hari ini (semalam) untuk sesi suai membabitkan ibu bapa, murid serta guru. Kami juga bersyukur kerana sesi orientasi ini berjalan lancar,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 31 Disember 2015 @ 6:44 AM