KANAK-KANAK pelarian Syria menerima sumbangan daripada Muslim Care Malaysia.
KANAK-KANAK pelarian Syria menerima sumbangan daripada Muslim Care Malaysia.

Irbid: Seramai 100 kanak-kanak pelarian Syria dan ahli keluarganya yang belajar di Sekolah Al Insani, Mafraq, dekat sini, menerima sumbangan selimut tebal, baju sejuk dan sekotak makanan bagi membantu meringankan penderitaan mereka menghadapi musim sejuk yang bakal tiba.

Timbalan Presiden Muslim Care Malaysia Mohd Johari Ismail berkata, misi mereka kali ini ke sempadan Jordan-Syria untuk menghulurkan sumbangan kepada pelarian Syria supaya mereka tidak menghadapi kesukaran ketika musim sejuk.

Menurutnya, sebahagian objektif misi tercapai dengan penyerahan sumbangan itu yang dapat meringankan beban mereka hasil keprihatinan rakyat negara ini menderma kepada Muslim Care Malaysia untuk disalurkan kepada pelarian terbabit.

“Pihak kami meneruskan misi kemanusiaan ini dan lebih ramai pelarian dibantu terutama di kawasan kem pelarian yang serba kekurangan dan membahayakan nyawa mereka jika kesejukan nanti.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 November 2015 @ 8:37 AM