Asyraf dan Tya diraikan di Hotel Majestic, malam tadi.
Asyraf dan Tya diraikan di Hotel Majestic, malam tadi.

Kuala Lumpur: Anak tiri kepada penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, Asyraf Khalid, 23, selamat diijab kabul dengan sekali lafaz bersama pasangannya, selebriti Indonesia, Nurtria Wulandari Ariffin atau Tya Ariffin, 21, jam 8 malam tadi.

Tya sah bergelar isteri kepada Asyraf dengan mas kahwin RM1,000 pada majlis pernikahan yang berlangsung di Hotel Majestic, di sini.

Acara yang terus diikuti dengan majlis persandingan itu turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Antara selebriti popular yang hadir, termasuk Datuk Yusof Haslam, Datuk Rosyam Nor, Aznil Nawawi, Johan Raja Lawak dan Mark Adam.

Asyraf dan Tya mengikat pertunangan pada 21 Ogos lalu di Palembang, Indonesia.

Tya adalah model dan juga pelakon terkenal di negara jiran, manakala Asyraf pengasas organisasi Generasi Bersatu Malaysia (GBM).

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 November 2015 @ 9:25 AM