ANGGOTA bomba bertungkus-lumus mengeluarkan mangsa yang tersepit.
ANGGOTA bomba bertungkus-lumus mengeluarkan mangsa yang tersepit.
MANGSA yang tersepit di tempat duduk pemandu.
MANGSA yang tersepit di tempat duduk pemandu.

Kuantan: Seorang pemandu lori yang dalam perjalanan menghantar bauksit tersepit hampir setengah jam di tempat duduk selepas kenderaan dipandu terbabas dan terbalik ketika menuruni jejambat di Kilometer 24, Jalan Pintasan Sungai Ular berhampiran pejabat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), kelmarin.

Dalam kejadian jam 1.30 petang, mangsa, Mohd Syaiful Bahari Abu Bakar, 28, dari Felda Bukit Kuantan, kemudian disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Pegawai Turus Trafik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang Deputi Superintendan Ahmad Nadzri Zainal berkata, hasil siasatan awal mendapati mangsa yang mempunyai lesen memandu termasuk Lesen Pengangkutan Barang (GDL) dalam perjalanan menghantar bauksit ke Pelabuhan Kuantan dari Felda Bukit Goh, di sini.

Beliau berkata, sebaik tiba di tempat kejadian, kenderaan dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan secara tiba-tiba ketika menuruni jejambat lalu terbabas dan melanggar besi penghadang di kanan jalan sebelum terbalik.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 Oktober 2015 @ 9:18 AM