DUA daripada tiga suspek rogol gadis bawah umur dibawa ke mahkamah.
DUA daripada tiga suspek rogol gadis bawah umur dibawa ke mahkamah.
Oleh Ahmad Ismail


Segamat: Tiga remaja lelaki termasuk dua yang tidak bersekolah berusia 17 dan 22 tahun ditahan reman bagi membantu siasatan kes rogol remaja perempuan berusia 15 tahun di kawasan belukar di Jalan Buloh Kasap, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Segamat Superintendan Mohd Kamil Sukarmi berkata, berdasarkan aduan, mangsa mendakwa dirogol bergilir-gilir oleh ketiga-tiga suspek kira-kira jam 7.30 pagi kelmarin.

Katanya, kejadian berlaku apabila dua daripada suspek yang menaiki motosikal berasingan terserempak mangsa di Jalan Buloh Kasap sebelum mempelawanya bersarapan bersama di kedai makan berhampiran.

Menurutnya, mangsa yang mengenali kedua-dua suspek sejak empat bulan lalu membonceng motosikal seorang daripada suspek sebelum dibawa ke semak dan dirogol.

“Mangsa mendakwa diperkosa bergilir-gilir termasuk lelaki dipercayai rakan kedua-dua suspek yang tiba di tempat kejadian tidak lama kemudian,” katanya.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 Oktober 2015 @ 5:19 AM