ANGGOTA polis mengangkat mayat mangsa di tempat kejadian.
ANGGOTA polis mengangkat mayat mangsa di tempat kejadian.

Kuala Kubu Bharu: Tindakan keluar simpang mendadak dipercayai menjadi punca pemandu sebuah kereta Perodua Kancil maut sejurus kenderaan dipandu dirempuh sebuah kereta lain.

Dalam kejadian jam 6 petang kelmarin, mangsa tercampak keluar dan jatuh di jalan raya berhampiran Persimpangan Kampung Orang Asli Buloh Telur, Ampang Pecah di sini.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan R Supramaniam berkata, ketika kejadian pemandu kereta Mercedes Benz itu datang dari arah Kuala Kubu Bharu menghala ke Rasa di sini.

“Sebaik dia tiba di jambatan, sebuah kereta Perodua Kancil dinaiki mangsa keluar dari simpang menyebabkan pemandu kereta Mercedes Benz itu gagal mengelak dan melanggar bahagian hadapan kereta Kancil itu.

“Pemandu kereta Kancil itu tercampak keluar manakala kereta Mercedes terbabas ke kanan jalan lalu melanggar sebatang pokok,” kataya.

Beliau berkata, mangsa yang maut dikenali sebagai Muhammad Firdhaus Mohd Nawawi, 21, berasal dri Taman Ampang Indah, di sini.

Supramaniam berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat dan kes disiasat disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 Oktober 2015 @ 5:57 AM