SARJAN Wan Muhd Najib menenangkan isterinya Salina Oden dan anaknya, Sharifah Najila, 1, di Pangkalan Udara TUDM, Subang, semalam.
SARJAN Wan Muhd Najib menenangkan isterinya Salina Oden dan anaknya, Sharifah Najila, 1, di Pangkalan Udara TUDM, Subang, semalam.

Subang: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menghantar 215 anggota iaitu kumpulan pertama MALBATT 850-3 ke Lubnan bagi membantu misi pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Ketua Staf Markas ATM Leftenan Jeneral Datuk Sabri Adam berkata, pembabitan ATM dalam misi pengaman di Lubnan di bawah panji PBB adalah pengiktirafan buat ATM yang diberi kepercayaan terus berada di negara Timur Tengah.

“Ini adalah pengiktirafan antarabangsa terhadap kredibiliti dan profesionalisme ATM dalam menjalankan misi United Nations Interim Force (UNIFIL).

“Sejak pembabitan kita pada 2007 sehingga kini, Malaysia dihormati masyarakat Lubnan atas sikap profesional dan komitmen yang kita tunjukkan,” katanya pada Majlis Pemakaian Beret PBB, Penyerahan Jalur Gemilang dan Penghantaran Kumpulan Pertama Batalion Malaysia 850-3 ke Lubnan, di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), di sini, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 September 2015 @ 5:14 AM