Masalah kewangan dalam keluarga dikesan antara faktor ibu bapa bertindak ganas terhadap anak masing-masing sehingga berlaku penderaan dari segi fizikal dan emosi.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga Dr Daroyah Alwi berkata, faktor kehidupan di bandar besar dengan pendapatan kecil serta kos sara hidup tinggi menyukarkan ibu bapa membesarkan anak mereka.

Dr Daroyah (PKR-Sementa) berkata, kes penderaan terhadap kanak-kanak yang dilaporkan di negeri ini menunjukkan angka membimbangkan apabila membabitkan 825 kanak-kanak untuk tempoh antara Januari tingga Jun tahun ini.

Beliau berkata, daerah Petaling mencatatkan jumlah tertinggi kes apabila 154 kanak-kanak membabitkan 79 perempuan dan 75 lelaki didera untuk tempoh Januari hingga Jun lalu.

Menurutnya, jumlah mangsa dera di negeri ini sejak 2012 menunjukkan peningkatan dan ia angka membimbangkan jika tidak dipandang serius.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 Ogos 2015 @ 8:21 AM