JOHN Kerry menyampaikan  ucapan pembukaan di PWTC semalam.
JOHN Kerry menyampaikan ucapan pembukaan di PWTC semalam.
Oleh Hairulazim Mahmud dan Muhammad Saufi Hassan

Kuala Lumpur: Amerika Syarikat (AS) menyokong usaha ASEAN mengekalkan keamanan dan kestabilan di wilayah maritim kepulauan Spratly sambil mendesak China menghentikan aktiviti tebus guna tanah di kawasan pertikaian itu.

Setiausaha Negara AS John Kerry menegaskan, Beijing mesti menamatkan tindakan provokasi berkenaan kerana bimbang boleh menggugat keamanan rantau ini.

“AS mengambil perhatian dengan situasi di Laut China Selatan dan menyatakan sokongan kepada anggota ASEAN dalam usaha mengekalkan keamanan dan kestabilan di kawasan itu.

“Kita mahu wilayah pertikaian itu diurus secara aman dan berasaskan undang-undang antarabangsa,” katanya dalam ucapan pembukaan pada mesyuarat Pasca Persidangan Menteri Luar dan Mesyuarat Berkaitan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 Ogos 2015 @ 8:45 AM