Oleh Asmah Rusman

Kuala Lumpur: Remaja perempuan berusia 15 tahun yang dikatakan punca pergaduhan dua kumpulan lelaki di sebuah pusat beli-belah di Wangsa Maju petang kelmarin, menghilangkan diri dan gagal dikesan hingga kini.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, remaja itu tidak pulang ke rumah selepas insiden berkenaan yang dilaporkan berlaku susulan tindakannya keluar rumah tanpa kebenaran keluarga.

“Polis masih mengesan remaja itu bagi membantu siasatan, namun sehingga kini dia dilaporkan tidak pulang ke rumah,” katanya.

Mohamad Roy berkata, seramai 10 lagi individu ditahan menjadikan jumlah terkini 21 individu ditangkap bagi membantu siasatan berhubung insiden berkenaan.

“Semua lelaki yang ditahan pagi tadi (semalam) berusia antara 15 hingga 20 tahun. Mereka ditahan reman empat hari hingga Jumaat ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 Julai 2015 @ 6:48 AM