DUA anak mangsa dibantu  bapa saudara menyiram air mawar di pusara ibunya.
DUA anak mangsa dibantu bapa saudara menyiram air mawar di pusara ibunya.
Oleh Amrullah Abdul Karim


Kuala Kubu Bharu: Seorang ibu maut di hadapan anak lelakinya akibat dirempuh sebuah kereta Proton Perdana selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas dalam kejadian di persimpangan lampu isyarat Antara Gapi, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 10.50 malam, mangsa, Norahdilah Abdul Rahman, 29, yang parah di kepala meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketika kejadian, mangsa menunggang motosikal Honda EX5 bersama anaknya, Muhammad Khairul Naim, setahun, dan adiknya, Syafiqah Abdul Rahman, 22, dalam perjalanan menuju ke Batang Kali, di sini.

Sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal yang ditunggang mangsa gagal dikawal dipercayai kerana laluan berpasir di persimpangan lampu isyarat berkenaan sebelum terbabas.

Bagaimanapun, mangsa dirempuh sebuah Proton Perdana yang gagal mengelak, namun anaknya dan Syafiqah terselamat dalam kejadian itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 Julai 2015 @ 8:52 AM