ANGGOTA polis trafik melihat kereta yang digunakan suspek.
ANGGOTA polis trafik melihat kereta yang digunakan suspek.
Oleh Mohd Hilmie Hussin

Melaka: Seorang remaja lelaki yang ditahan sepasukan polis trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, selepas melarikan diri daripada sekatan jalan raya petang semalam, didapati positif dadah jenis syabu.

Dalam kejadian jam 1 petang, sepasukan anggota polis trafik IPK Melaka yang melakukan sekatan jalan raya dalam Ops Penguatkuasaan berhampiran Giant Bachang, di sini, memeriksa dokumen remaja lelaki berusia 17 tahun itu, sebelum remaja terbabit memecut kereta Honda Civic berwarna merah jambu ke Ayer Keroh, di sini.

Pegawai Turus Trafik negeri Deputi Superintendan Mohd Sham Abdullah berkata, dalam kejadian itu, sewaktu pemeriksaan dilakukan, suspek didapati menyalahi peraturan apabila menggunakan telefon bimbit dan gagal memakai tali pinggang keledar.

“Pada awalnya suspek disangka memberi kerjasama, namun apabila diminta menyerahkan dokumen diri termasuk lesen memandu, dia bertindak memecut keretanya dan melarikan diri daripada polis.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 April 2015 @ 10:43 AM