RESIT dengan nombor GST.
RESIT dengan nombor GST.
Oleh Aizat Sharif

Kuala Lumpur: Peniaga yang mengeluarkan invois cukai, resit kosong atau resit bukan dari mesin kira di kaunter wajib mencatatkan nombor pengenalan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) perniagaan mereka sebelum menyerahkan kepada pelanggan.

Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri Khazali Ahmad berkata, terdapat segelintir peniaga yang cuba mengambil kesempatan dengan memberi resit kosong tanpa sebarang nombor pengenalan GST kepada pelanggan mereka.

“Peniaga wajib sekurang-kurangnya mencatat 12 digit nombor pengenalan GST mereka atau membuat pengesahan cop nombor pengenalan GST pada resit kosong itu sebagai rujukan pelanggan dan kegagalan berbuat demikian boleh dikenakan tindakan,” katanya kepada Harian Metro.

Beliau berkata, pihaknya banyak menerima aduan terhadap peniaga yang sengaja mengenakan cukai GST kepada pelanggan mereka walhal peniaga itu tidak langsung berdaftar dengan pihak kastam.

“Kita faham ada peniaga mempunyai mesin kira yang sudah rosak dan memerlukan resit kosong sebagai tanda urus niaga dengan pelanggan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 April 2015 @ 10:17 AM