SULTAN Ibrahim mengurniakan darjah  S.M.I.J  kepada  Mohamed Khaled.
SULTAN Ibrahim mengurniakan darjah S.M.I.J kepada Mohamed Khaled.

Johor Bahru: Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar berkenan mengurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Kedua Dato’ Mulia Sultan Ibrahim Johor (D.M.I.J) kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Datuk Ismail Karim dan Pegawai Kewangan Negeri Johor Marsan Kassim.

Kurniaan yang membawa gelaran Dato’ itu diberikan sempena kemahkotaan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, Isnin lalu.

Mendahului senarai 83 penerima darjah dan pingat ialah Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam majlis yang diadakan di Istana Besar di sini, semalam.

Tunku Ismail dikurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Pertama Dato’ Sri Mulia Sultan Ibrahim Johor (S.M.I.J).

Turut menerima S.M.I.J ialah Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Sultan Ibrahim, bonda Sultan Johor Enche’ Besar Hajah Khalsom Abdullah, Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim, Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim dan Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli turut menerima S.M.I.J.

Sementara itu, Setiausaha Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Abdul Latiff Yusof, Ahli Penasihat Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Ali Musa dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pengurusan) Amran A Rahman menerima Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Ketiga Setia Mulia Sultan Ibrahim Johor (S.I.J).

Manakala 69 individu lain menerima Pingat Sultan Ibrahim Pangkat Kedua (P.S.I II) termasuk Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Baharu Datuk Abd Rahman Mohamed Dewam, Pengarah Kesihatan Negeri Datuk Dr Mohd Khairi Yakub dan Pengarah Muzium Diraja Abu Bakar Datuk Paiman Keromo.

Turut menerima P.S.I II adalah Exco kerajaan negeri iaitu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri Asiah Md. Ariff; Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan negeri Datuk Tee Siew Kiong; Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah negeri, Datuk Hasni Mohammad; Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri Abd Mutalip Abd Rahim; Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan dan Sumber Manusia Johor R Vidyananthan; Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Datuk Ayub Rahmat; Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri Ismail Mohamed; Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Dan Industri Asas Tani Negeri Johor Ismail Bin Mohamed dan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Kebudayaan Dan Warisan Negeri Johor Datuk Zulkurnain Kamisan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 31 Mac 2015 @ 9:07 AM