Mior  (dua dari kanan) bersama pegawainya menunjukkan dadah  yang dirampas dalam dua serbuan di Jalan Bukit Gambir dan Jalan Datuk Keramat  di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, Pulau Pinang, semalam.
Mior (dua dari kanan) bersama pegawainya menunjukkan dadah yang dirampas dalam dua serbuan di Jalan Bukit Gambir dan Jalan Datuk Keramat di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, Pulau Pinang, semalam.
Oleh Rudy Syareme Sheriffudin


Georgetown: Kelicikan tiga lelaki menjadikan sebuah pangsapuri dan kondominium mewah sebagai makmal mini memproses dadah serta mengedar dadah jenis heroin akhirnya terbongkar apabila diserbu polis dalam dua serbuan berasingan di sini, malam kelmarin.

Serbuan pertama dilakukan jam 10 malam membabitkan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL) dan Balai Polis Datuk Keramat di sebuah pangsapuri di Taman Bukit Gambir, Jalan Bukit Gambir.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, hasil serbuan itu seorang lelaki berusia 30-an ditahan di dalam rumah yang dijadikan makmal mini dan hasil pemeriksaan pihaknya menemui pelbagai barangan memproses dadah.

“Dalam pemeriksaan itu dadah yang disyaki heroin seberat 15.1 kilogram (kg), bes dadah jenis heroin seberat 1.138kg, kafien 25.866 gram, botol berisi asid kimia dan beberapa peralatan memproses dadah yang semuanya dianggarkan bernilai RM500,000 dirampas.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 Mac 2015 @ 10:07 AM