JAPERI dan Nurul Atikah diarak menaiki van dan lori ke Kampung Kubang Lintah.
JAPERI dan Nurul Atikah diarak menaiki van dan lori ke Kampung Kubang Lintah.
JAPERI dan Nurul Atikah diarak menaiki van dan lori ke Kampung Kubang Lintah.
JAPERI dan Nurul Atikah diarak menaiki van dan lori ke Kampung Kubang Lintah.

Sik: Sepasang pengantin mencipta kelainan pada hari bahagia mereka apabila diarak menaiki van selain konvoi 20 lori sejauh tujuh kilometer dari rumah pengantin perempuan di Kampung Gajah Putih ke rumah pasangannya di Kampung Kubang Lintah, di sini, kelmarin.

Pengantin lelaki yang juga pemandu lori Japeri Man, 34, berkata, perarakan berkenaan dianggap pengalaman manis buat dirinya dan isteri, Nurul Atikah Mat Said, 19, kerana idea spontan hasil perbincangan dengan rakan sekerjanya berjaya memeriahkan majlis perkahwinan mereka.

Menurutnya, dia mahu menjadikan majlis berkenaan kenangan sehingga ke anak cucu, selain mahu menampakkan kelainan kerana begitu mencintai Nurul Atikah walaupun tempoh perkenalan mereka tidak lama.

“Saya mula berkenalan dengan Atikah apabila terserempak dengannya di sebuah kedai makan di Pekan Sik pada Ogos lalu dan pandangan pertama berkenaan akhirnya melahirkan bimbit cinta untuk menjadikannya sebagai pasangan hidup.

“Malah, saya juga tertarik dengan sifat kewanitaan dan tingkah laku Atikah yang lemah lembut selain berbudi bahasa membuatkan hati tertarik lalu melamarnya tanpa menyangka percintaan kami berakhir di jinjang pelamin,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 Mac 2015 @ 9:11 AM