Kuantan: Jabatan Kesihatan negeri akan melakukan semburan membasmi nyamuk dan lalat di semua pusat pemindahan bagi menghindari penyakit berjangkit ketika musim tengkujuh.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-Tugas Khas negeri Datuk Norol Azali Sulaiman berkata, usaha itu bagi memastikan tahap keselamatan dan kesihatan mangsa banjir terjamin.

Beliau berkata, sebagai langkah awal, pihaknya mengedarkan risalah berkaitan risiko penyakit sebagai panduan kepada mangsa banjir.

“Dalam keadaan sekarang, mangsa banjir dinasihatkan mematuhi arahan pihak berkuasa terutama memastikan mereka mengutamakan kebersihan bukan saja meliputi aspek makanan dan minuman, malah kebersihan diri.

“Ia bagi mengelak penularan sebarang penyakit berjangkit,” katanya di sini, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 Disember 2014 @ 8:18 AM