Kuala Lumpur: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menegaskan, peniaga tidak boleh mengenakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebelum ia dilaksanakan April tahun depan bagi mengelak masyarakat keliru.

Dalam satu kenyataan semalam, orang ramai mula keliru selepas ada peniaga mengenakan GST dan menghubungi JKDM bagi membuat aduan.

Katanya, peniaga yang menggunakan istilah GST yang merujuk kepada cukai perkhidmatan kerajaan enam peratus dalam resit pembayaran dinasihatkan tidak menggunakan perkataan itu lagi.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 Oktober 2014 @ 5:08 AM