DAYA penglihatan helang juga hebat untuk memburu mangsa dari jarak jauh.
DAYA penglihatan helang juga hebat untuk memburu mangsa dari jarak jauh.
Fairul Asmaini Mohd Pilus


Harga jualan seekor burung helang yang dinamakan Ab Ultra White Gyrfalcon dalam satu acara lelongan di Arab Saudi, baru-baru mencecah AS$464,400 (RM1.9 juta) sememangnya menarik perhatian seluruh dunia.

Apa tidaknya, harga jualan itu menjadi rekod terbaharu untuk burung helang termahal pernah dijual di dunia.

Ia mengatasi rekod sebelumnya iaitu Super White Gyrfalcon dari penternak berpangkalan di Kanada yang dijual pada AS$93,347 (RM 386,129) pada hari kelapan acara berkenaan.

Acara lelongan burung dari spesies jarang jumpa, Falco rusticolus itu dianjurkan Lelongan Pembiak Burung Helang Antarabangsa (IFBA) yang berlangsung di ibu pejabat Kelab Burung Helang Arab Saudi di Malham, utara Riyadh.

Burung setinggi 42 sentimeter itu berasal dari Ladang Helang Barat Laut Pasifik yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

Helang sememangnya dikenali sebagai spesies burung pemangsa atau karnivor dan dianggarkan terrdapat 60 spesies helang hidup di negara Eurasia dan Afrika.

HARGA jualan seekor burung helang yang dinamakan Ab Ultra White Gyrfalcon dalam satu acara lelongan di Arab Saudi, baru-baru mencecah AS$464,400 (RM 1.9 juta)
HARGA jualan seekor burung helang yang dinamakan Ab Ultra White Gyrfalcon dalam satu acara lelongan di Arab Saudi, baru-baru mencecah AS$464,400 (RM 1.9 juta)

Meskipun haiwan berdarah panas itu tidak bergigi tetapi ia mempunyai bengkok yang kuat untuk mengoyak daging mangsa.

Selain itu, ia juga mempunyai sepasang kaki yang kuat dan berkuku tajam bagi mencengkam mangsa.

Lebih mengagumkan, daya penglihatan helang juga hebat untuk memburu mangsa dari jarak jauh.

Lazimnya, helang juga sering dikaitkan sebagai simbol kekuatan, kehormatan, keberanian dan kebanggaan dalam masyarakat arab.

HELANG juga sering dikaitkan sebagai simbol kekuatan, kehormatan, keberanian dan kebanggaan dalam masyarakat Arab.
HELANG juga sering dikaitkan sebagai simbol kekuatan, kehormatan, keberanian dan kebanggaan dalam masyarakat Arab.

Dalam pada itu, zejak berabad lamanya, Gyrfalcon dianggap sebagai burung pemburu yang hebat.

Tidak hairanlah jika pada era abad pertengahan, Gyrfalcon dianggap sebagai burung bangsawan yang mana Sultan Mesir dikatakan sanggup membayar 1,000 dinar untuk setiap helang spesies itu.

Helang betina spesies Gyrfalcon juga memiliki saiz badan yang lebih besar berbanding jantan.

Ia dikatakan banyak bertelur dan membiak di pantai Artik dan tundra, pulau-pulau di utara Amerika Utara serta wilayah Eurosiberia.

KOS latihan bagi membolehkan helang untuk berlumba ratusan batu sejam dalam Piala Presiden boleh mencecah RM251,190 seekor di UAE.
KOS latihan bagi membolehkan helang untuk berlumba ratusan batu sejam dalam Piala Presiden boleh mencecah RM251,190 seekor di UAE.

Apa yang uniknya, burung ini dikatakan suka mandi di dalam ais yang cair.

Di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) pula, kos latihan bagi membolehkan helang untuk berlumba ratusan batu sejam dalam Piala Presiden boleh mencecah RM 251,190 seekor.

Pertandingan peringkat kebangsaan itu menyediakan hadiah bernilai lebih RM 29 juta kepada helang yang terpantas.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 November 2021 @ 7:01 AM