Oleh Muhammad Saufi Hassan

 

 

Kuala Lumpur: Pembina set desktop kelas permainan hari ini lebih cenderung untuk memadankan spesifikasi mereka daripada pengeluar yang sama bagi tujuan keseragaman.

  Ia juga memudahkan pengguna untuk melakukan sebarang talaan prestasi memandangkan perkakas daripada pengeluar yang sama hanya memerlukan satu perisian untuk melakukan pengubahsuaian.

  Jenama perkakas kelas permainan premium, MSI menawarkan semua perkakas set desktop kelas permainan yang diimpikan bermula daripada bekalan kuasa sehingga kepada set audio atau fon kepala.

  Bagi papan induk kelas prestasi, pengguna boleh membuat pilihan sama ada menggunakan pemproses AMD serta padanan MEG X570 Godlike atau MEG Z690 Ace untuk pemproses Intel.

  Selain itu, pengguna juga boleh memilih storan daripada M.2 NVMe PCIe generasi keempat iaitu Spatium M480 2TB yang menawarkan keupayaan pemindahan data sehingga 7000 MB/s.

  MSI sememangnya terkenal dengan penawaran kad grafik premium malah prestasi perkakas itu juga adalah lebih baik berbanding dengan mana-mana jenama kad grafik yang lain.

  Untuk itu, padanan boleh dilakukan bagi MSI Suprim X RTX3090 atau siri RTX3080Ti memandangkan barisan produk Suprim X ini boleh dikatakan 'pengeluaran terhad' serta mengutamakan nilai prestasi.

  Bagi pemilihan skrin paparan pula, MSI Artymis 343CQR adalah jawapannya kerana menawarkan respons masa yang tinggi di samping sesuai untuk permainan aksi pantas mahupun kompetatif.

  

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Disember 2021 @ 8:12 AM