Oleh Muhammad Saufi Hassan
saufi@mediaprima.com.my

 

Kuala Lumpur: Peneraju global dalam perisian perusahaan, Epicor mengumumkan pelancaran 'Epicor Kinetic' yang juga platform berasaskan kepada awanan untuk pengeluar.

  Pelaksanakan pendekatan baharu itu akan membina penyelesaian sistem awanan industri sekali gus memperkasakan sektor pengeluar untuk memantapkan operasi serta meningkatkan keuntungan.

  Ketua Pegawai Teknologi Epicor, Himanshu Palsule berkata, sistem awanan berkenaan akan meningkatkan keupayaan sektor pengeluaran dengan lebih cekap serta sistematik.

  "Daya tahan serta daya saing yang berterusan dalam pasaran global kini menjadi fokus utama pengeluar, khususnya dalam tempoh 18 bulan yang lalu akibat gangguan pasca Covid-19.

  "Kemaskini Epicor Kinetic terbaharu kami menumpukan fokus untuk memastikan pelanggan pengeluar kami kekal produktif dan meningkatkan keuntungan.

  "Berbekalkan keupayaan awanan yang diperluaskan, kami membantu pelanggan mengorak langkah ke arah memodenkan infrastruktur teknologi serta mengurangkan risiko dan memperoleh pemahaman lebih mendalam," katanya.

  Epicor Kinetic kini menawarkan pakej 'Perkhidmatan Perusahaan Awanan Epicor' baharu untuk pengeluar bersaiz besar yang perlu mendepani masalah keperluan bil bahan serta Perancangan Sumber Bahan yang kompleks.

  Selain itu, ia akan melengkapkan pengeluar bersaiz besar dengan platform awanan yang fleksibel serta selamat.

 

 

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Disember 2021 @ 10:16 PM