Gigabyte lancar kit memori DDR5.
Gigabyte lancar kit memori DDR5.
Oleh Muhammad Saufi Hassan

 

Jenama perkakas komputer terkemuka, Gigabyte menjadi pengeluar pertama yang melancarkan kit memori rekaan DDR5 dengan talaan frekuensi 5200MHz pada kapasiti 32GB.

  Kit memori berkenaan sekali gus menyokong papan induk cip Intel terbaharu iaitu Z690 yang menawarkan rekaan baharu memori berkenaan.

  Menerusi jenama kelas prestasi, AORUS menawarkan kit berkenaan dan ia turut didatangkan dengan modul 16GB DDR5 XMP 5200MHz untuk memberikan prestasi frekuensi yang lebih tinggi berbanding memori natif DDR5.

  Papan induk Gigabyte Z690 berkenaan akan memberi kuasa prestasi paling optimum kepada pengguna untuk melakukan talaan.

  Untuk memudahkan pengguna, ia dilengkapi dengan kefungsian XMP Booster dan profil XMP 3.0.

  Kit memori berkenaan turut didatangkan dengan sistem penyejukan aluminium tempaba bersama lapisan karbon nano untuk penyebaran haba lebih baik.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 November 2021 @ 11:13 PM