Muhammad Saufi Hassan

 

Pemilihan bekalan kuasa sememangnya penting untuk memastikan kuasa dibekalkan kepada perkakas terutamanya bagi set desktop prestasi.

  Untuk itu, MSI menawarkan bekalan kuasa atau 'Power Supply' (PSU) daripada siri MAG A650BN sesuai untuk set desktop kelas permulaan.

  Menerusi PSU berkenaan, ia menawarkan pengiktirafan 80 Plus Bronze untuk bekalan kuasa dan direka khas untuk 12V rel tunggal bersama-sama PFC aktif.

  Perkakas berkenaan juga didatangkan dengan teknologi kipas dengan kadar bunyi paling rendah sekali gus tidak mengganggu pengguna.

  Ia dilengkapi dengan kipas penyejuk bersaiz 120 milimeter (mm) dan dilengkapi dengan suis penutup di bahagian belakang.

  Pengguna akan dibekalkan dengan satu set sambungan yang mengandungi pin sambungan ATX, EPS, PCI-E, SATA dan perkakas lain atau 'Molex'.

  

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 Oktober 2021 @ 11:07 PM