PRODUK MSI direka sesuai untuk kegunaan golongan profesional, lengkap teknologi pelindungan mata.
PRODUK MSI direka sesuai untuk kegunaan golongan profesional, lengkap teknologi pelindungan mata.
Muhammad Saufi Hassan


PEMILIHAN skrin paparan adalah sangat penting dan ia bukan saja untuk 'gamers' tetapi golongan profesional lebih memerlukan satu skrin yang berprestasi sesuai dengan rutin harian.

Untuk itu, penulis ingin mencadangkan kepada pengguna menerusi skrin paparan keluaran MSI daripada generasi MD271P yang menawarkan pelbagai kefungsian khusus untuk golongan profesional di luar sana.

Skrin MSI MD271P ini sememangnya direka untuk produktiviti termasuk golongan profesional dan orientasi skrin itu boleh dibuat menerusi melintang atau menegak mengikut kesesuaian keadaan serta keperluan pengguna.

Menyentuh ciri khusus skrin ini, ia didatangkan dengan saiz 27 inci pada kadar resoluti definisi tinggi (FHD) bersama-sama paparan panel IPS yang menghasilkan tona warna lebih baik dan persis warna sebenar.

Untuk tujuan produktiviti, pengguna sememangnya disarankan untuk menggunakan skrin 27 inci kerana skrin bersaiz ini mampu untuk memaparkan secara penuh sebarang dokumen, statistik, data atau 'spreadsheet' tanpa perlu perlu menggunakan tetikus untuk melihat maklumat yang berada di bawah.

Saiz ini adalah sangat ideal dengan reka letak meja tugasan rutin pengguna sama ada di pejabat ataupun di rumah kerana saiz 27 inci ini sesuai untuk semua keadaan, bentuk meja dan penjimatan ruang yang optimum.

MSI menerusi skrin MP271P ini turut menggunakan teknologi 'Anti Flicker'.

Bagi pengguna yang masih belum mengetahui tentang teknologi ini, ia adalah satu bentuk kaedah untuk mengelakkan skrin pengguna berkelip sekali gus mengganggu tugasan rutin.

Teknologi ini banyak digunakan untuk skrin paparan premium khusus untuk penyedia kandungan dan ia memastikan 'output' sentiasa dalam keadaan stabil.

SKRIN paparan MSI MD271P menawarkan ciri khusus sesuai untuk produktiviti dan golongan profesional.
SKRIN paparan MSI MD271P menawarkan ciri khusus sesuai untuk produktiviti dan golongan profesional.

Apabila penulis menyatakan tentang skrin produktiviti serta golongan profesional pastinya pengguna mencari skrin yang melindungi mata terutamanya untuk penggunaan jangka waktu panjang.

Secara kebiasaannya, pengguna akan menghabiskan waktu enam hingga tujuh sehari di hadapan skrin paparan dan untuk penggunaan tempoh panjang, keadaan itu akan memberi kesan langsung kepada tahap kesihatan mata.

Skrin MD271P ini dilengkapi dengan teknologi pelindungan mata yang optimum sekali gus pengguna tidak perlu bimbang berhubung jangka waktu panjang yang dihabiskan di hadapan skrin.

Kaki pemegang skrin ini juga boleh dilaras tanpa sebarang masalah mengikut orientasi keselesaan pengguna.

Menyentuh aspek sokongan pula, skrin MSI MD271P ini didatangkan dengan sambungan USB Type C yang banyak digunakan oleh peranti mudah alih pada hari ini.

Pengguna juga boleh membuat sebarang pengubahsuaian tanpa sebarang masalah iaitu untuk ubah suai tetapan warna di skrin mengikut keselesaan.

Secara keseluruhannya, MSI MD271P ini sememangnya direka untuk tujuan produktiviti serta golongan profesional dan setiap ciri yang ditampilkan memenuhi kehendak segmen pengguna berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 Oktober 2021 @ 6:22 AM