Muhammad Saufi Hassan

 

 

Apple dijangka mengumumkan barisan baharu peranti pintar mereka daripada generasi iPhone pertengahan bulan ini.

  Berdasarkan garis masa terdahulu, September adalah tarikh penting untuk syarikat berkenaan kerana ia adalah bulan pelancaran iPhone dan kali ini pastinya bakal melihat generasi baharu iPhone 13.

  Khabar angin menyatakan bahawa pengenalan kepada generasi baharu iPhone itu akan dilaksakana sekitar pertengahan September ini dengan memberi nilai tambah kepada peranti iPhone baharu berkenaan.

  Sehingga kini, Apple masih belum mengeluarkan tema promosi untuk pelancaran peranti paling ikonik berkenaan dan jika benar iPhone 13 dilancarkan bulan ini, promosi pengenalannya dijangka keluar seawal minggu depan.

  Biarpun tidak jelas berhubung spesifikasi yang mungkin digunakan untuk generasi baharu iPhone ini, namun dijangka kekuatan pemproses daripada siri silikon Apple akan terus digunakan.

  Wujud juga dakwaan Apple akan mengecilkan ruang takut di bahagian atas termasuk keupayaan lebih baik untuk prestasi kamera.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 September 2021 @ 10:32 PM