Muhammad Saufi Hassan

 

Tidak semua pengguna gemar memiliki sebuah set desktop yang besar terutamanyan untuk tugasan produktiviti.

  Wujud pengguna yang lebih gemar rekaan minimal untuk menjimatkan ruang serta mampu untuk melaksanakan tugasan produktiviti tanpa sebarang masalah.

  MSI menawarkan set desktop mini daripada barisan produk Cubi 5 yang turut menawarkan kuasa prestasi yang baik untuk pengguna.

  Mini desktop ini bukan saja sesuai untuk rekaan minimal di rumah tetapi turut menjimatkan ruang untuk rekaan di pejabat atau di mana saja.

  Ia dikuasakan dengan pemproses Intel Core i7 daripada siri Comet Lake yang memberikan kuasa prestasi sangat baik untuk sebarang tugasan.

  Saiz mini desktop ini hanya kira-kira sebesar tapak tangan atau 0.66 liter namun masih memberikan kuasa yang sangat baik.

  Menyentuh aspek spesifikasinya, ia menggunakan padanan memori (RAM) dua slot serta sokongan sehingga 32GB dengan frekuensi talaan 2666MHz SO-DIMMs.

  Cubi 5 ini juga menyokong sambungan Internet generasi keenam atau 'WiFi 6' serta didatangkan dengan sokongan sambungan USB Generasi 3.2 C termasuk sokongan paparan berkembar.

 

 

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 September 2021 @ 11:20 PM