Muhammad Saufi Hassan

 

Jenama perkakas permainan terkemuka, ASUS Republic of Gamers (ROG) mengumumkan generasi baharu sistem storan NVMe SSD mudah alih.

  Menerusi pengenalan ROG Strix Arion S500, perkakas itu menawarkan sambungan USB C daripada sambungan generasi 3.2 Gen 2 dengan penawaran pemindahan data sehingga 1050 MB sesaat.

  Dibina menerusi aloi aluminium di bahagian luar, SSD mudah alih berkenaan mampu untuk melakukan serapan haba dengan lebih baik ketika penggunaan termasuk sistem 256-bit AES data terkod untuk keselamatan.

  Ia juga didatangkan dengan perisian sandaran NTI Backup bersama-sama tetapan lampu RGB.

  Tanda harga yang ditawarkan adalah RM559 dan ia boleh ditempah menerusi kedai rasmi ASUS ROG dalam platform laman dagang.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 September 2021 @ 11:02 PM