LANGKAH proaktif diambil untuk menjamin ekosistem serta landskap dalam gedung aplikasi kekal selamat untuk pengguna.
LANGKAH proaktif diambil untuk menjamin ekosistem serta landskap dalam gedung aplikasi kekal selamat untuk pengguna.
APPLE sekat transaksi berpotensi penipuan bernilai RM6.6 bilion menerusi App Store.
APPLE sekat transaksi berpotensi penipuan bernilai RM6.6 bilion menerusi App Store.
Muhammad Saufi Hassan


RUANG dagang maya sememangnya memberi risiko yang nyata untuk pengguna daripada segenap aspek seperti pendedahan identiti, aplikasi palsu dan pelbagai lagi bentuk penipuan lain.

Antara ruang yang paling berpotensi adalah gedung aplikasi yang sering digunakan pihak tidak bertanggungjawab untuk mencuri data maklumat pengguna menerusi pemasangan perisian hasad.

Apple antara syarikat yang proaktif menyekat sebarang aplikasi yang dilihat meragukan, sekali gus memberi jaminan kepada pengguna bahawa gedung maya mereka iaitu App Store menawarkan aplikasi yang benar-benar diperlukan oleh pengguna.

Untuk rekod, sepanjang tahun lalu, Apple berjaya menghalang transaksi meragukan membabitkan jumlah RM6.6 bilion transaksi berpotensi penipuan, mencegah percubaan mencuri wang, maklumat dan jutaan aplikasi yang meragukan daripada gedung mereka.

Berdasarkan statistik sepanjang tahun lalu, lebih 48,000 aplikasi ditolak kerana mengandungi ciri yang tersembunyi atau tidak didokumentasikan.

Selain itu, lebih 150,000 aplikasi ditolak kerana mengandungi unsur 'spamming', hak cipta atau maklumat yang mengelirukan kepada pengguna.

APPLE menolak lebih 215,000 aplikasi, sekali gus melindungi pengguna peranti mereka dengan lebih baik lagi.
APPLE menolak lebih 215,000 aplikasi, sekali gus melindungi pengguna peranti mereka dengan lebih baik lagi.

Untuk aspek pelanggaran privasi pelanggan pula, Apple menolak lebih 215,000 aplikasi, sekali gus melindungi pengguna peranti mereka dengan lebih baik lagi.

Kejayaan itu adalah hasil daripada kombinasi keupayaan teknologi dan langkah proaktif yang diambil untuk memberikan landskap yang lebih selamat untuk gedung aplikasi mereka.

Apple juga menghalang lebih tiga juta transaksi daripada kad yang dicuri termasuk satu juta akaun yang diharamkan daripada melakukan transaksi.

Langkah proaktif itu juga memperlihatkan bahawa sebanyak 244 juta akaun pengguna dinyahaktif termasuk cubaan mencipta 424 juta akaun baharu ditolak kerana pelbagai faktor serta 470,000 akaun pembangun ditamatkan.

Kefungsian sistem penarafan dan ulasan membantu pengguna untuk membuat keputusan aplikasi mana yang seharusnya dimuat turun.

Penarafan yang tepat berkenaan sebenarnya dibantu oleh sistem canggih yang menggabungkan pembelajaran mesin, kecerdasan buatan (AI) dan kepakaran manusia untuk melihat sebarang ulasan terhadap sesuatu aplikasi itu adalah tepat atau sebaliknya.

APPLE bantu pelanggan serta gedung aplikasinya berada dalam ruang selamat.
APPLE bantu pelanggan serta gedung aplikasinya berada dalam ruang selamat.

Sejak tahun lalu, Apple sudah memproses lebih satu bilion penarafan dan lebih 100 juta ulasan.

Hasilnya, daripada jumlah berkenaan, lebih 250 juta penarafan serta ulasan sudah dikeluarkan kerana tidak mengikut piawaian yang ditetapkan.

Apple membantu pengguna serta gedung aplikasinya berada dalam ruang selamat, sekali gus mengurangkan risiko pada tahap minimum berhubung sebarang kebocoran data pengguna.

Faktor privasi pengguna sememangnya menjadi keutamaan buat Apple sejak di awal pelancaran gedung aplikasi miliknya dan langkah proaktif itu sentiasa dipertingkatkan daripada semasa ke semasa.

Pastinya langkah proaktif berkenaan seharusnya dicontohi oleh beberapa penyedia platform gedung aplikasi yang lain untuk melindungi pengguna daripada memuat turun aplikasi yang diragui serta mengandungi perisian hasad.

APP Store berjaya menghalang kemungkinan transaksi meragukan bernilai RM6.6 bilion.
APP Store berjaya menghalang kemungkinan transaksi meragukan bernilai RM6.6 bilion.

Kebiasaannya, objektif pembangun aplikasi yang menyasarkan kepada penipuan ini akan meletakkan perisian hasad dalam aplikasi mereka supaya boleh membuka 'back door' peranti pengguna tanpa disedari.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 Ogos 2021 @ 6:30 AM