Muhammad Saufi Hassan

 

Pengguna desktop kelas permainan kebiasaannya menggunakan set kerangka yang besar menerusi saiz 'mid tower' sehingga kepada 'full tower'.

  Biarpun wujud konfigurasi untuk 'mini tower' namun ia memerlukan kepakaran dalam pemasangan serta pemilihan perkakas memandangkan ruang letak yang kecil serta terhad.

  Untuk itu, rekaan 'minimalist' ini MSI menerusi siri MPG Trident AS adalah jawapannya dan ia adalah set desktop kelas prestasi tinggi serta menawarkan saiz kecil khusus untuk peminat rekaan terhad.

  Menyentuh aspek spesifikasinya, MPG Trident AS ini dikuasakan dengan pemproses Intel Core i7-11700 bersama-sama padanan set cip Intel B560.

  Pengguna boleh melakukan konfigurasi perkakas mengikut bajet dan padanan memori (RAM) pula dibuat sehingga sokongan 64GB dengan frekuensi 3200MHz manakala kad grafik adalah daripada siri MSI GeForce RTX 3070 Ventus 8GB atau pengguna boleh membuat konfigurasi kad prestasi tinggi yang lain.

  Set desktop ini dilengkapi dengan sokongan audio 7.1 HD Audio Realtek ALC897 serta menyokong tetapan Internet tanpa wayar (WiFi) 6E untuk kestabilan kelajuan.

  Biarpun menggunakan saiz kecil untuk kerangka, namun tahap pengudaraan set ini adalah antara yang terbaik berada di pasaran.

  Kerangka kecil berkenaan menjimatkan ruang reka letak set desktop pengguna tanpa mengabaikan aspek prestasi dan pastinya ia boleh melancarkan sebarang perisikan prestasi sehingga kepada pengalaman permainan yang baik.

  Pengguna yang mahu mendapatkan maklumat lanjut boleh melayari pautan https://msi.gm/3jrYzsN untuk spesifikasi serta konfigurasi mengikut kesesuaian tugasan rutin harian.

 


Spesifikasi

Pemproses: Konfigurasi boleh dibuat bermula Intel Core i7 Generasi ke-11

RAM: Dua slot dan sokongan sehingga 64GB

Storan: Menyokong sistem storan M.2

Kad grafik: MSI GeForce RTX 3070 Ventus ke atas

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 Ogos 2021 @ 10:34 PM