Muhammad Saufi Hassan

 

 

Kuala Lumpur: Jenama perkakas permainan premium, MSI memperkenalkan sistem penyejuk semua dalam satu (AIO) generasi baharu yang menawarkan prestasi suhu minimum untuk pemproses kelas tinggi.

Sistem penyejuk itu didatangkan dengan dua variasi radiator iaitu MAG CoreLiquid P360 dan P240 mengikut kesesuaian pengguna.

  Perbezaan dua variasi ini adalah MAG CoreLiquid P360 dilengkapi dengan tiga kipas manakala P240 adalah dua kipas dan sesuai untuk kerangka desktop yang lebih kecil.

  MSI menggunakan teknologi integrasi 'pam radiator' untuk mengurangkan bunyi bising kipas sekali gus memaksimumkan prestasi penyejukan.

  Kedua-dua variasi AIO ini menyokong soket papan induk Intel daripada generasi 1150 hingga kepasa 2066 manakala untuk pemproses AMD adalah FM2 hingga sTRX4 tanpa sebarang masalah.

  Keupayaan kipas penyejuk ini juga mampu untuk beroperasi minimum pada 500 rpm hingga kepada prestasi penuh 2,000 rpm untuk penyejukan cip pemproses.

  Pam penyejuk daripada siri ini didatangkan dengan logo naga yang sinonim dengan maskot jenama berkenaan dengan binaan warna hitam.

 

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 Ogos 2021 @ 10:47 PM