HONOR Earbuds 2 Lite boleh dimiliki dengan harga RM299 sahaja.
HONOR Earbuds 2 Lite boleh dimiliki dengan harga RM299 sahaja.
HONOR Band 6 menawarkan skrin besar dengan bateri yang mampu bertahan 14 hari dengan penggunaan normal.
HONOR Band 6 menawarkan skrin besar dengan bateri yang mampu bertahan 14 hari dengan penggunaan normal.
KOMPUTER riba MagicBook X 15 ditawarkan dengan harga bermula dari RM2,299.
KOMPUTER riba MagicBook X 15 ditawarkan dengan harga bermula dari RM2,299.
Oleh Suliati Asri


GELANG pintar, komputer riba serta fon telinga kini antara keperluan dalam menempuh hari yang sibuk.

Gelang pintar misalnya, ia menjadi keperluan bagi membolehkan si pemakai memantau aktiviti harian.

Komputer riba pula keperluan penting khusus bagi yang bekerja dari rumah atau pelajar mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR).

Penggunaan fon telinga pula pastinya untuk mendapatkan hasil audio yang berkualiti tinggi.

Bukan itu saja, dengan kualiti ditawarkan terutama ketahanan bateri dan kepantasan pengecasannya turut menjadi pilihan utama.

Justeru, bagi memenuhi keperluan pengguna, penyedia peranti pintar terkemuka global HONOR menampilkan Band 6, MagicBook X 15 dan Earbuds 2 Lite dengan keistimewaan tersendiri.

HONOR Band 6

Berbanding generasi sebelumnya, saiz skrin HONOR Band 6 adalah 148 peratus lebih besar iaitu 1.47 inci AMOLED dengan resolusi 368x194. Dengan itu, pengguna dapat membaca maklumat dengan lebih jelas.

HONOR Band 6 bukan saja menawarkan skrin yang besar tetapi baterinya juga mampu bertahan sehingga 14 hari dengan penggunaan normal. Paling menarik, dengan pengecasan selama 10 minit, ia sudah cukup untuk tiga hari.

Boleh didapati dalam warna Coral Pink, Meteorite Black dan Sandstone Grey, gelang pintar ini turut dilengkapi 10 mod senaman, sensor 6-paksi serta ciri lain seperti mengawasi degupan jantung selama 24 jam, mengukur ketepuan oksigen dalam darah (SpO2) dan mengawasi kitaran haid.

Siri HONOR MagicBook - mempunyai perlindungan mata, daya ketahanan, kompak dan berkuasa

Bagi ibu bapa yang merancang membeli komputer riba untuk aanak mengikuti kelas dalam talian, HONOR MagicBook X 15 adalah pilihan terbaik dengan harga bermula dari RM2,299.

Bukan itu saja, skrin siri HONOR MagicBook ini juga diiktiraf persijilan TUV Rheinland untuk cahaya biru rendah dan tidak berkelip.

Ciri ini melindungi mata pengguna dan mengelak daripada berasa letih yang pastinya sesuai untuk penggunaan dalam tempoh masa yang panjang.

Hadir dengan dua pemproses bagi pilihan pembeli iaitu Generasi ke-10 Intel Core i5 dan i3, HONOR MagicBook X 15 ini juga adalah komputer riba yang lasak kerana diperbuat daripada kerangka badan logam yang ringan dan nipis.

Beratnya cuma 1.56 kilogram (kg) dengan ketebalan 16.9 mm sahaja. Ia juga dilengkapi skrin paparan penuh 15.6 inci dengan sempadan 5.3mm di sisi kiri dan kanan.

Nisbah skrin 87 peratus memberi kesan paparan gambar berkualiti tinggi dengan warna yang terang.

Sistem penyejukan berkuasa besar membolehkan komputer riba ini mencapai pengambilan udara hingga 38 peratus lebih tinggi serta pelesapan haba cekap bagi mengekalkan suhu bagi penggunaan jangka masa lama.

HONOR Earbuds 2 Lite untuk audio berkualiti tinggi

Padanan fon telinga TWS HONOR Earbuds 2 Lite bersama siri telefon pintar baharu HONOR 5 untuk mendapat hasil audio dan video berkualiti tinggi.

Bukan itu saja, HONOR Earbuds 2 Lite menawarkan hayat bateri 32 jam dan mampu bertahan 10 jam untuk muzik dengan sekali caj.

Pengecasan pantas dengan hanya 10 minit mencukupi untuk pengguna menikmati muzik selama empat jam.

Penggemar muzik pasti berpuas hati menggunakannya. HONOR Earbuds 2 Lite ini dilengkapi teknologi Pembatalan Hingar Aktif (ANC) bagi mengurangkan bunyi bising persekitaran sehingga 22 desibel (dB).

Pengguna tidak akan berasa terganggu ketika menikmati lagu atau mengikuti mesyuarat dalam talian.

Rekaannya yang ergonomik membuat pengguna berasa selesa, seolah-olah tiada apa-apa dalam telinga dan ini memberi pengalaman mendengar yang baik.

Malah, apabila ANC diaktifkan dalam tempoh lama, pengguna tidak akan berasa penat.

HONOR Earbuds 2 Lite kini boleh dimiliki menerusi pembelian di di platform e-dagang Lazada HONOR Flagship Store, Shopee HONOR Malaysia Official Store, Senheng Online Store dan Stor HONOR Berdaftar di seluruh negara.

Dijual pada harga RM299, memiliki HONOR Earbuds 2 Lite untuk mendapatkan audio yang berkualiti tinggi pastinya pilihan terbaik.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 Julai 2021 @ 11:35 AM