MSI MAG CoreLiquid K360.
MSI MAG CoreLiquid K360.
Muhammad Saufi Hassan


MENGEKALKAN suhu pemproses pada tahan minimum biarpun ketika kapasiti penuh atau 'full load' mampu untuk memaksimumkan keupayaan desktop terutamanya bagi kelas permainan.

Biarpun terdapat banyak sistem penyejuk berasaskan udara dan air, namun setiap daripada perkakas berkenaan memberikan prestasi berbeza.

Bagi pengguna yang mahukan suhu pemproses mereka pada tahan minimun, MSI MAG CoreLiquid K360 adalah jawapan kepada masalah berkenaan.

Untuk set desktop kelas 'full tower', penyejuk semua dalam satu (AIO) ini adalah antara yang terbaik selain dilengkapi dengan radiator 360mm bersama-sama tiga kipas penyejuk. 

Sistem penyejuk ini menggunakan teknologi penyejukan kipas MSI TorX Fan 4.0 bersama-sama dengan pam penyejuk generasi ketujuh Asetek.

Ia juga dilengkapi dengan skrin LCD 2.4 inci pada permukaan pam penyejuk sekali gus menambahkan nilai kosmetik termasuk penyeragaman lampu ARGB.

Untuk penyejukan pemproses kapasiti penuh, MSI MAG CoreLiquid K360 ini mampu memberikan suku sekata sekitar 65 darjah celcius manakala untuk prestasi pegun pada 45 darjah celcius.

Bacaan itu adalah antara yang terbaik dan boleh diletakkan sebaris dengan penyejuk premium yang lain.

Teknologi kipas penyejuk yang diletakkan di bahagian pam itu juga bukan saja membantu menyejukkan pemproses sebaliknya memberi kesan langsung kepada pengudaraan untuk keseluruhan desktop.

Pengguna akan melihat penurunan suhu sekitar lima hingga 10 peratus tatkala kipas pam dihidupkan.

Skrin LCD pam itu juga boleh dijadikan penunjuk bacaan frekuensi, kadar suhu semasa dan kapasiti prestasi mengikut ketetapan pengguna.

Pengguna boleh memilih empat mod penyejukan iaitu seimbang, senyap, mod permainan, ubahsuai dan GI mod yang memberikan setiap satunya kelainan kelajuan kipas serta prestasi penyejukan.

Soket sokongan bagi AIO ini menyokong Intel LGA 1150 hingga LGA 2066 manakala untuk AMD adalah AM4 sehingga kepada sTRX4.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 Jun 2021 @ 12:12 AM