Apple iMac kini punyai pilihan warna yang lebih menarik.
Apple iMac kini punyai pilihan warna yang lebih menarik.
Muhammad Saufi Hassan


Versi Apple iMac menerima nafas baru apabila peranti berkenaan menggunakan cip pemproses M1 termasuk padanan warna yang lebih menarik untuk pilihan pengguna.

  Ketika acara maya 'Spring Loaded' yang berlangsung awal pagi tadi, Apple mengumumkan beberapa kemaskini produk sedia ada termasuk pilihan warna baharu untuk iPhone 12 dan versi Mini.

  Pengumuman iMac yang menggunakan cip Apple M1 sekali gus menggantikan cip pemproses Intel yang digunakan oleh iMac generasi terdahulu.

  Penggunakan cip Apple M1 berkenaan menawarkan kuasa prestasi yang lebih baik serta efisien termasuk mengurangkan kadar suhu ketika kapasiti penuh penggunaan.

  Apple iMac ini didatangkan dengan skrin berkeluasan 24 inci serta menawarkan resolusi 4.5K sekali gus memudahkan penyuntingan video dilakukan termasuk tona warna yang lebih tepat.

  Pada acara itu juga, iMac hadir dengan pelbagai pilihan warna mengikut citarasa pengguna dan ini termasuk papan kekunci serta tetikus sebagai penyeragaman warna.

  Versi baharu iMac ini menyokong TouchID pada papan kekunci sekali gus meningkatkan tahap keselamatan peranti pengguna.

  Bagi pasaran tempatan, iMac ini akan ditawarkan pada harga RM5,599 dan RM5,379 (untuk pendidikan) dan ia hadir dengan pemprosesm Apple M1 lapan teras bersama memori (RAM) 8GB, storan berjumlah 256GB SSD, dua port thunderbolt bersama-sama Magic Keyboard dan Magic Mouse.

  Versi unit pemproses grafik (GPU) lapan teras pula akan ditawarkan pada harga RM6,449 dan RM6019 untuk pendidikan.

  Ia akan didatangkan dengan cip pemproses lapan teras, 8GB RAM, 256GB SSD, dua port Thunderbolt, dua port USB 3, Magic Keyboard bersama Touch ID, Magic Mouse dan Ethernet.

  Pada masa sama, Apple turut mengemaskini pilihan warna untuk iPhone 12 serta versi Mini dengan kemasan ungu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 April 2021 @ 9:33 AM