HUAWEI MateBook 2021 Series menawarkan pelbagai ciri hebat di samping hadiah percuma yang menarik. - FOTO HUAWEI
HUAWEI MateBook 2021 Series menawarkan pelbagai ciri hebat di samping hadiah percuma yang menarik. - FOTO HUAWEI
Muhamad Shaifullah Tayep

HUAWEI membuat penampilan sulung dalam industri komputer riba pada tahun 2016 dan sudah menerajui industri dan berkembang melalui inovasi teknologi sejak itu.

Sebagai pencetus inovasi dalam industri elektronik pengguna, HUAWEI berhasrat mahu membawa teknologi pintar, kolaborasi lintas platform dan penyelesaian ke satu tempat.

Ini membolehkan pengguna meneroka pengalaman semua senario, meningkatkan produktiviti dan mewujudkan interaksi yang bermakna.

Terbaharu, HUAWEI memperkenalkan HUAWEI MateBook 2021 Series yang sarat dengan ciri hebat.

Ketahui tujuh sebab kenapa anda perlu memiliki HUAWEI MateBook 2021 dan jadi selangkah lebih pantas untuk mendapatkan peranti terbaru ini segera.

Prestasi lancar dan pantas

HUAWEI MateBook 2021 Series hadir dengan Wi-Fi 6, kad antara muka rangkaian dwi antena 2x2 MIMO memberikan kelajuan pemindahan teori dengan lebih pantas daripada Wi-Fi 5 untuk menawarkan sambungan yang lebih stabil.

Walaupun di tempat yang sesak, pengguna boleh memuat turun dan melakukan pemindahan data yang sangat pantas serta lancar dengan HUAWEI MateBook 2021 Series.

Dilengkapi dengan dwi-saluran 3200MHz DDR4 RAM memori sehingga 16GB dan storan SSD NVMe PCIe, HUAWEI MateBook 2021 Series memberi pengguna pengalaman lebih lancar dan pantas ketika melancarkan aplikasi, menukar antara tab pelayar internet, gambar, video dan setiap senario.

Dengan storan yang lebih besar, anda tidak akan menghabiskan masa menunggu aplikasi dibuka dalam menguruskan jadual harian anda yang sememangnya sibuk.

Lakukan pelbagai tugas serentak

HUAWEI MateBook 2021 Series menyokong Huawei Share dan Kolaborasi Pelbagai Skrin yang ditambah baik.

Anda hanya perlu menyentuh telefon pintar anda ke komputer riba untuk mengaktifkan Kerjasama Pelbagai Skrin dan merasai sambungan lancar antara peranti Windows dan peranti HUAWEI yang dilengkapi fungsi NFC.

Selepas disambungkan ke telefon pintar, HUAWEI MateBook 2021 Series dapat menjalankan hingga tiga aplikasi mudah alih seolah-olah mereka adalah perisian komputer peribadi sebenar.

Pengurus komputer peribadi menawarkan sekumpulan ciri dan pintasan pintar seperti Instant Hotspot dan Rakaman Skrin untuk membantu anda menyelesaikan tugasan dengan lebih cepat dan mudah.

Image

Fail antara dua peranti juga dapat dikongsi hanya dengan sentuhan yang mudah, membolehkan anda melihat, mengedit dan berkongsi fail, gambar dan teks dengan mudah di kedua-dua peranti.

Anda juga boleh menyalin dan menampal kandungan di kedua-dua peranti dengan mudah.

Selain ciri pemindahan fail yang mudah disukai pengguna, HUAWEI Share yang ditingkatkan kini membolehkan pengguna menjalankan beberapa aplikasi mudah alih di komputer riba.

Bagi meningkatkan kecekapan dan produktiviti, anda dapat menyelesaikan tugas hanya dalam satu paparan dengan membuka tiga tetingkap aplikasi mudah alih di komputer riba sekaligus dengan satu tetingkap utama dan dua tetingkap kedua.

Sebagai contoh, anda dapat membandingkan produk dari pelbagai aplikasi membeli-belah, menyemak maklumat antara aplikasi berita atau menghadiri perjumpaan maya pada satu aplikasi dan mencatat nota di tetingkap kedua, sambil berbincang dengan rakan sepasukan di tetingkap ketiga.

Log masuk mudah dan senang

Image

HUAWEI MateBook 2021 Series dilengkapi dengan pembaca cap jari dua dalam satu dan butang kuasa yang membolehkan pengguna mengakses komputer riba dengan hanya menekan satu butang.

Ia mengesahkan identiti anda secara automatik ketika anda menghidupkan peranti, sekaligus menjimatkan masa daripada memasukkan kata laluan untuk mengakses Windows.

Prestasi cemerlang

Sinonim dengan produk HUAWEI yang lain, ia sentiasa dilengkapi dengan prestasi hebat untuk membantu anda memberikan yang terbaik dalam tugas seharian.

Image

HUAWEI MateBook D 15 Edisi ke-11, HUAWEI MateBook 14 dan HUAWEI MateBook X Pro yang baru dibina dengan Prosesor Intel® Core ™ Gen ke-11, memastikan pengalaman pengguna yang luar biasa dengan CPU yang mempunyai empat teras dan lapan utas, memberikan prestasi multi-thread sehingga 42.6 peratus lebih baik dalam penanda aras.

Pemproses baru dibina berdasarkan proses SuperFin 10nm baharu Intel yang menghasilkan pemproses lebih cekap kuasa daripada sebelumnya.

Fungsi ini memberikan prestasi yang lebih hebat daripada sebelumnya dan mampu menyokong lebih banyak tugas produktiviti harian serta keperluan multimedia sekali-sekala.

Penuh kuasa

Hayat bateri komputer peribadi selalu menjadi titik tolak pengguna. Justeru, HUAWEI MateBook 2021 Series menampilkan teknologi Penjimatan Kuasa Pintar Huawei.

Secara perspektif, bateri komputer peribadi mampu menyokong mainan video sehingga 10 jam dengan sekali cas.

Pengalaman visual yang mendalam

Dengan memanfaatkan kepakaran dalam perniagaan telefon pintar, HUAWEI adalah jenama pertama mencadangkan penggunaan konsep FullView Display pada komputer riba kerana mengutamakan pengalaman menonton yang hebat bagi pengguna.

HUAWEI MateBook D 14, HUAWEI MateBook D 15 Edisi ke-10, HUAWEI MateBook D 15 Edisi ke-11, HUAWEI MateBook 14 dan HUAWEI MateBook X Pro yang baru menampilkan nisbah skrin yang sempurna, menjadikan paparan yang tepat untuk memaparkan kandungan sinematik.

Image

Peranti ini tidak hanya mencapai paparan hujung ke hujung, tetapi mendahului industri dengan nisbah skrin-ke-badan yang menakjubkan hingga 91 peratus.

Reka bentuk ini menonjolkan paparan kandungan yang tidak terhalang di skrin untuk tontonan memuaskan, memberikan kualiti gambar definisi tinggi untuk melihat segala-galanya dari dokumen hingga video.

Paparan HUAWEI MateBook 2021 Series juga lulus pensijilan TÜV Rheinland Low Blue Light supaya pengguna dapat menikmati pengalaman menonton yang selesa walaupun untuk jangka masa yang lama.

Berukuran antara 13 hingga 15 inci, anda boleh membawa komputer riba dengan hanya satu tangan atau menyimpannya di dalam beg galas untuk pergerakan maksimum.

Hadiah menarik

Image

HUAWEI MateBook 2021 Series boleh didapati di HUAWEI Store Online dan HUAWEI Partner Stores seperti Senheng, SenQ, Harvey Norman dan Courts.

Pelanggan boleh mendapatkan pelbagai hadiah percuma yang menarik sehingga RM498 untuk setiap pembelian peranti sehingga stok masih ada.

Pilih model mengikut keperluan dan cita rasa anda seperti HUAWEI MateBook D 14, HUAWEI MateBook D 15 Edisi ke-10, HUAWEI MateBook D 15 Edisi ke-11, HUAWEI MateBook 14 dan HUAWEI MateBook X Pro.

Setiap model disertakan hadiah percuma yang berbeza seperti HUAWEI Backpack Swift dan HUAWEI Bluetooth Mouse sehingga stok masih ada.

Dapatkan HUAWEI MateBook 2021 Series anda hari ini atau layari laman web HUAWEI untuk mengetahui lebih lanjut mengenai HUAWEI MateBook 2021 Series.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 April 2021 @ 8:26 PM