SKRIN keluaran MSI MAG274QRF-QD
SKRIN keluaran MSI MAG274QRF-QD
Muhammad Saufi Hassan

Pengguna yang mahu merasai pengalaman sebenar menggunakan paparan bertaraf 'liga sukan elektronik' boleh mendapatkan skrin keluaran MSI iaitu MAG274QRF-QD.

Menerusi skrin berkenaan, perkakas itu menjanjikan tindak balas pantas iaitu 1ms GTG termasuk optimasi maksimum tona warna serta kadar kecerahan.

Perkakas ini menggunakan tetapan resolusi WQHD iaitu 2,560 x 1,440 serta skrin yang boleh berpusing mengikut kesesuaian pengguna.

Skrin ini menggunakan paparan panel teknologi IPS yang dipadankan bersama Quantum Dot memberikan pengalaman lebih baik berbanding mana-mana skrin yang berada di pasaran.

MSI MAG274QRF-QD juga didatangkan dengan kadar segar semula 165Hz untuk menjanjikan bacaan bingkai sesaat sekali gus menghapuskan kesan koyakan skrin (screen tearing) termasuk kadar bingkai yang tidak menentu.

Skrin ini juga menyokong sambungan Nvidia G-Sync untuk meningkatkan pengalaman permainan.

Selain itu, MAG274QRF-QD ini juga turut didatangkan dengan HDR, mod pintar untuk malam termasuk penyelarasan lampu (RGB) menggunakan perisian Mystic Light.

Ia dilengkapi dengan sambungan USB Type-C bersama satu sambungan DisplayPort 1.4, dua sambungan HDMI bersma-sama USB 2.0 Type A dan punca kuasa.

Pengguna juga boleh melakukan tetapan mod di dalam kefungsian skrin untuk pelbagai genre permainan antaranya penembak pandang pertama (FPS), perlumbaan, menonton filem dan pelbagai lagi.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 31 Mac 2021 @ 8:43 PM