Penyejuk MSI MAG Coreliquid 360RH.
Penyejuk MSI MAG Coreliquid 360RH.
Oleh Muhammad Saufi Hassan

 

Penyejuk cecair untuk pengguna desktop pada hari ini sudah semakin sinonim malah pengguna lebih cenderung untuk menggunakan perkakas berkenaan.

  Pemilihan sistem penyejuk semua dalam satu (AIO) adalah penting untuk memberikan penawaran suhu minimum terbaik selain meningkatkan jangka hayat perkakas berkenaan.

  Untuk itu, pengguna boleh melihat kepada penyejuk cecair keluaran MSI iaitu MAG Coreliquid 360RH untuk suhu minimum kepada pemproses biarpun ketika kapasiti penuh (full load).

  MSI membawa kelainan kepada sistem penyejuk mereka apabila memperkenalkan teknologi rekaan pam radiator berbanding penyejuk konvensional yang lain.

  Ia sekali gus memberi penyejukan lebih optimum kepada pemproses menerusi plat penyejuk termasuk saiz radiator 360mm khusus bagi desktop kelas permainan atau prestasi tinggi.

  Penyejuk MSI MAG Coreliquid 360RH ini juga menyokong papan induk bagi soket Intel LGA 1150 hingga 2066 manakala untuk AMD bermula AM2+ hingga TRX4.

  Kipas penyejuk juga menawarkan 20 peratus lebih senyap berbanding mana-mana jenama AIO yang berada di pasaran dengan kadar 35db berbanding beberapa jenama lain iaitu sekitar 44db.

  Blok pam berkenaan juga yang dilengkapi dengan logo 'Naga' iaitu sinonim dengan ikon MSI boleh diputarkan mengikut kesesuaian pengguna.

  Ujian terhadap AIO ini juga mendapati talaan suhu lebih rendah untuk kapasiti penuh iaitu sekitar 65 darjah ketika menggunakan AMD Ryzen 9 5900X.

  Menerusi perisian ujian iaitu Aida64 juga memperlihatkan bunyi kipas yang senyap berbanding AIO lain yang pastinya pengguna akan terganggu dengan kelajuan penuh kipas penyejuk AIO.

 

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 Mac 2021 @ 8:07 PM