Fon telinga tanpa wayar FreeBuds 4i.
Fon telinga tanpa wayar FreeBuds 4i.
Oleh Muhammad Saufi Hassan

 

 

Pengguna yang ingin mendapat fon telinga tanpa wayar FreeBuds 4i bermula malam ini.

  Sebelum ini, Huawei Malaysia sudah memperkenalkan fon telinga tanpa wayar terbaharu mereka iaitu FreeBuds 4i yang turut dilengkapi dengan pembatalan hingar aktif (ANC).

 Penjualan rasmi berkenaan akan bermula 12 tengah malam menerusi kedai rasmi Huawei di platform Lazada manakala sesi siaran langsung bermula 11.30 malam di saluran sama.

  Pada masa sama, Huawei turut memberikan baucar bernilai RM60 dan pengguna boleh menebusnya menggunakan platform berkenaan sekali gus melakukan pembelian FreeBuds 4i dengan harga RM319.

  Sempena penjualan rasmi berkenaan juga, Huawei menampilkan penyanyi dan komposer, Hael Husaini untuk berkongsi pengalaman menggunakan fon telinga berkenaan.

  Sebagai penyanyi serta komposer, pastinya kefungsian ANC adalah elemen penting termasuk prestasi kesan bunyi untuk frekuensi tinggi atau rendah.

  Pengguna yang ingin menebus baucar boleh melayari pautan http://bit.ly/HUAWEIFreeBuds4iMCVoucher manakala untuk kedai rasmi Huawei di pautan https://bit.ly/3lPnQhF.

 

 

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 Mac 2021 @ 5:42 PM